Wednesday, March 30, 2011

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s



Assalamualaikum w.b.t
Setelah dua minggu blog ini tidak diupdate berikutan kesibukan ahli-ahlinya, hari ini saya mencuri juga sedikit masa untuk mencoretkan kisah kami pada minggu ini. Alhamdulillah walaupun kami sibuk namun kami tetap berkesempatan untuk mengadakan usrah setiap minggu cuma tidak berkesempatan mengabadikannya disini =).
Bismillahirrahmannirrahim
“Sesungguhnya Kami telah memberi mu (Muhammad) nikmat yang banyak.
Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah.
Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).”
-Surah al-kauthar-
Ayuh kita berkorban kerana Allah, pengorbanan kita ni tak seberapa pun dibandingkan dengan nikmat yang kita dapat kan..Hmm usrah kami kali ini merupakan usrah gabungan kumpulan  auliya’ dan insyirah serta diserikan lagi dengan kehadiran tetamu VIP iaitu kak Liyana dan kak Wani yang sudi meluangkan masa bersama kami. Mesti tak sabar kan nak tahu pengisian kali ni..Jom!!!
Kita semua mesti pernah dengar atau baca kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s. Kisah ini tercatat dalam kitab suci al-quran, dalam surah yang digalakkan kita membacanya pada setiap hari jumaat iaitu surah Al-Kahfi  dari ayat 60 hingga 82. Ayat ini lah yang menjadi pilihan kami untuk T&T minggu ni.
Tahu tak kisah ni?? Tak tahu boley baca kat link bawah..

Begitulah kisah yang diceritakan dari ayat 60 hingga 78 Surah Al-Kahfi ini.. Terdapat banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah ini..
Bayangkan jika kita berada di situasi yang sama, mampukah kita bersabar dan hanya diam apabila seseorang:
 1). Melubangi perahu milik nelayan miskin.
2). Membunuh anak yang 'tak berdosa'
3). Memperbaiki dinding sebuah rumah yang hampir roboh tanpa meminta upah di negeri yang penduduknya tak mahu berbuat baik pada kita.
Kita mesti nak tahu kenapa kan. Why? Why? Why?  Sebab memang fitrah kita bersifat ingin tahu. Tapi Allah nak suruh kita sabar. Ada benda atau kebenaran hanya berkesan atau memberi impak  jika diberitahu pada masa yang tepat dan sesuai. Begitu juga dalam proses menuntut ILMU kita juga perlu bersabar. Mungkin kita rasa medic susah, kita rasa tak mampu dah ni, tak boleh nak bawak  dan macam-macam lagi, tapi Allah ingatkan kita supaya berSABAR, kita sudah hampir ke destinasi kita, mungkin kita perlu bersabar sedikit saje lagi untuk sampai. Jadi teruskan bersabar =)..
Musa berkata kepada Khidhr: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" (Q:18:66)
Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. (Q:18:67)
Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?" (Q:18:68)
Musa berkata: "Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun". (Q:18:69)
Pengajaran lain ialah setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab atau hikmahnya sama ada baik atau buruk. Janganlah bersedih apabila diuji dengan kehilangan, kegagalan atau kesempitan dan janganlah terleka apabila diberi kejayaan dan kekayaan kerana kita tak tahu perkara disebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan daripada diri kita sendiri. Jika kita lihat ayat 79 hingga 82, ayat ini menjelaskan sebab-sebab perbuatan di atas;

Alasan untuk perbuatan no.1:

“Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan perahu itu, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu.” (Q:18:79)

Alasan untuk perbuatan no.2:

“Dan adapun anak itu, kedua orang tuanya adalah  mukmin, dan kami khawatir kalau dia akan memaksa  kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. (Q:18:80)
Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka menggantikan dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya daripada anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapanya)”.(Q:18:81)

Alasan untuk perbuatan no.3;

“Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya tersimpan harta  bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar  keduanya sampai  dewasa dan mengeluarkan simpanannya itu  sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan apa yang kuperbuat itu bukan menurut kemahuanku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak  sabar terhadapnya".(Q:18:82
Inilah salah satu kisah yang disebut dalam al-quran yang boleh kita teladani. Terdapat banyak lagi kisah yang terdapat dalam al-quran yang sememang diturunkan kepada kita untuk dijadikan panduan.
“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil)….”
(2 : 185)
                                                                                             
Sekarang kita tengok apa kak yana bagi kat kami.
Kak Yana kongsi pasal surah At-Tahrim. Maksud tahrim ni ialah mengharamkan. Kenapa ye??
Rasullulah amat gemar akan madu Zainab sebelum balik ke rumah isteri-isteri yang lain baginda akan singgah di rumah Zainab untuk makan madu. Hal ini menyebabkan Saidatina Aisyah merasa cemburu. Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4)
Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yg Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada Hafshah).Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.
Kemudian jika kita lihat ayat 10 hingga 12. Ayat ini menyentuh mengenai tiga jenis wanita dan situasi mereka yang berbeza.
Ayat 10
 Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ).
Ayat 11
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.
Ayat 12
Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Mariam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun Mariam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.
Sebagai wanita kita perlu mencontohi sifat Asiah dan Maryam yang tetap patuh dan taat kepada Allah walaupun diseksa dan menghadapi kesukaran  untuk mempertahankan keimanan mereka. Marilah kita sama-sama berdoa agar sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah kerana hanya Allah yang punya hidayah ,tiada orang lain seperti yang disebut dalam ayat 10, nabi-nabi pun tidak dapat menolong isteri-isteri mereka. Semoga kita tetap teguh di atas jalan yang berduri ini..
Alhamdulillah. Sekian dulu untuk minggu ini. Moga memberi manfaat buat yang menulis dan yang membaca juga.
Wallahualam..

1 comment:

  1. Mintak copy & share boleh.. Saya edit sket.. N saya bagi kredit kat owner blog... Thanks ya...

    ReplyDelete