Sunday, March 13, 2011

Assalamualaikum w.b.t. and dzien dobry ^_^

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami sekali lagi diberi peluang utk ber’usrah’ pada minggu ni walaupun kakak-kakak naqibah dan kami sendiri busy dgn exam -_- Sesibuk-sibuk kita ni pun tak salah kalau kita nak luangkan sedikit daripada masa kita itu untuk mengingati Allah, betul tak?

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Asr (maksudnya)

“Demi masa (1) Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3)”

Memang sifat manusia itu ialah LUPA. So, mcm mana kita nak mengatasi sifat yg mmg dah sebati dgn diri kita ni? Caranya ialah dgn saling mengingati dan menasihati antara satu sama lain. Sbb tulah wujudnya usrah ni. Kita bukan sekadar dapat refresh balik ‘soul’ kita (iman kita) tp kita juga dapat berkongsi idea di samping menambahkan lagi kefahaman kita ttg Islam. Insya-Allah.

Panjangnya intro, mesti bosan kan bila baca? Oklah, saya nak mula masuk tajuk usrah kumpulan Insyirah minggu ni.

Minggu ni agak special sbb kami ada tetamu istimewa dan menu istimewa. Kali ni Kak Aiman join usrah kami. Alhamdulillah, lagi ramai orang lagi bagus, lagi banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama.

Seperti biasa, usrah dimulakan dengan T&T (maksudnya Tilawah & Tadabbur). Surah As-Saff ayat 1-14

Sebelum tu , saya nak berkongsi sesuatu. Setiap kali usrah jek mesti dimulakan dengan T&T. Pernah terfikir tak kenapa? Apa pentingnya membaca Al-Quran tu sampai kita perlu mendahulukannya sebelum melakukan perkara yang lain?

Sebelum tu cuba tanya pada diri sendiri. Apa tujuan kita bertadabbur ? Tentulah sbb kita nak memahami ayat-ayat yang kita baca tu kan? Tapi faham yang macam mana? Adakah sekadar baca, faham kemudian lupa? Tak rasa ke bahawa apa yang kita buat tu akan jadi sia-sia kalau kita lupa? So, macam mana nak elak daripada lupa?

Jawapannya, kita kene faham dengan HATI. Insya-Allah, kalau kita Berjaya faham dengan hati, ia akan terkesan pada diri kita. Itulah ‘result’ yang kita nak sebenarnya. Tapi, untuk faham dgn hati, hati kita perlu ‘bersih’ supaya cahaya (hidayah) Allah itu boleh masuk. Macam mana plak nak bersihkan hati? Bacalah Al-Quran.

Firman Allah Ta’ala (maksudnya)
“Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah) serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui.” 2:151

Maksudnya kat sini, sebelum nak memulakan majlis ilmu, kita kena ikut procedure yang diberitahu dalam ayat di atas iaitu
Baca ------>suci ------> ajar atau hikmah (kefahaman)

Memandangkan usrah jugak boleh dianggap sebagai satu majlis ilmu, jadi, ia perlu dimulakan dgn membaca Al-Quran supaya ilmu yang nak disampaikan selepas itu dapat kita serap macam span. Saya harap apa yang saya nak sampaikan kat sini dapat difahami oleh sesiapa saje yang membacanya.

Okeh, okeh, let’s start. Surah As-Saff ayat 1-14
Antara ayat menarik yang kami kongsikan bersama

Ayat 9-10
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (9) (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (10)”

Dalam ayat ni, Allah bagi offer kat kita sama ada kita nak ke tak nak buat ‘perdagangan’ dengan Dia. Modalnya hanyalah iman dan jihad. Keuntungannya plak, kita akan diselamatkan daripada azab yang pedih. Wow!! Rasa tak betapa bestnya perdagangan ni? Bila cakap pasal perdagangan tentu ada untung dan rugi kan? Tp dalam kes ni, adakah kita akan rugi selepas kita beriman dan berjihad di jalan Allah? Tak, kita takkan rugi apa2 pun asalkan iman kita tu ialah iman yang hakiki.

Jom kita tgk apa lagi ganajaran yg Allah nak kasi dalam ayat yang seterusnya,

Ayat 12-13
“Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung (12)”

“Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu suka (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin (13)”

Dahlah takde kerugian pastu untung yang kita dpt tu plak sgt besar sehingga tak boleh nak dibandingkan dgn mana-mana perniagaan lain pun yang wujud kat dunia ni. Kalau kita buat business dengan org paling kaya at dunia ni sekali pun, macam Bill Gates atau Donald Trump, boleh ke diorang bagi kita syurga? Syurga dunia mungkin boleh tapi benda tu tak kekal sedangkan apa yang Allah nak bagi kat kita ni sesuatu yang permanent, kekal buat selama-lamanya. Tiada apa yang lebih hebat ganjarannya, melainkan ganjaran daripada Allah SWT.

Lepas program SH hari tu, kami semua sedar bahawa kami bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada manusia. Tanggungjawab tu bukannya sesuatu yang mudah. Nabi Muhammad SAW dulu pun semasa menyampaikan dakwah, baginda terima bermacam-macam dugaan. Sampaikan baginda dituduh gila oleh mereka-mereka yang tak mahu terima Islam. Sedangkan Nabi yang mulia akhlaknya, baik budinya, itu pun terpaksa melalui cabaran yang sangat besar dalam menyampaikan dakwah, inikan pulak kita, manusia biasa yang serba kekurangan ni? So, macam mana kita nak carry on dengan tugas kita tu? Adakah kita dah cukup kuat untuk menghadapi tu semua?

Ayat 14
“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah...................... “

Sambungannya lagi
“................... lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang (14)”

Memang hakikatnya manusia itu makhluk yang lemah tapi Allah kata Dia akan berikan kekuatan kepada kita sehingga kita mencapai kemenangan kalau kita menolong agamaNya. Yang penting niat kita menyampaikan dakwah tu ikhlas kerana Allah.

Bila kita dah sampaikan dakwah tu kepada manusia maka sudah terlepaslah kita daripada tanngungjawab tersebut. Insya-Allah, kat akhirat kelak bila kita kena soal dengan Allah, kita boleh jawab macam ni,

“Kami telah sampaikan kepada seluruh penduduk bumi ini apa yang telah disampaikan kepada kami, tanpa mengenal erti penat lelah. Kami tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang masih tidak mahu menerima kalimah hak dan enggan mengikut cara hidup sebenar yang diredhai oleh Allah. Mereka sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mereka menurut jalan yang sesat kerana kezaliman dan keangkuhan mereka sendiri.”

Sebenarnya ada lagi beberapa ayat yang kami kongsikan bersama tapi saya rasa cukuplah sampai di sini sahaja sebab lepas ni saya nak ceritakan satu lagi topic menarik yang kami bincang semasa usrah. Nak tau tak apa dia? Let’s check it out!

Tafsir Surah An-Nasr

Surah An-Nasr

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Sedikit info mengenai Surah An-Nasr
• Surah Madaniyyah
• Surah ke-110 (Juzu’ 30)
• Ada 3 ayat dan merupakan surah ketiga terpendek selepas surah Al-Asr dan surah Al-Kautsar
• Maksud “An-Nasr” ialah pertolongan (Kalau dalam English, dia translate An-Nasr tu sebagai “The Victory”. Nama lain dia “Divine Support” dan “The Help”)

Jom kita mengenali surah ini dengan lebih mendalam lagi.
Surah ini diturunkan selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah tapi ada juga ‘ulama yang mengatakan bahawa surah ini diturunkan di kawasan yang berdekatan dengan Mekah. Jika berdasarkan sejarah pula, surah ini diturunkan semasa Nabi Muhammad SAW mengerjakan Haji Wada’ (ibadah haji Nabi Muhammad SAW yang pertama dan yang terakhir).

Agak-agaknya kan apa yang kita fikir lepas kita baca surah ni? Surah ni cerita pasal apa? Berkaitan apa? Mesti ramai yang ingat surah ni berkaitan dengan peristiwa Pembukaan Kota Makkah (Fath Makkah) terutamanya lepas baca terjemahan ayat yang pertama tu. Memang betul tapi sebenarnya, penurunan surah ni membawa maksud yang jauh lebih mendalam lagi.

Kak Timah cerita, Saidina Umar Al-Khattab selalu membawa Ibn Abbas (sepupu Nabi Muhammad SAW) bersama-sama pergi menyertai pertemuan antara orang-orang veteran yang pernah terlibat dalam Perang Badar. Walaubagaimanapun, ada salah seorang daripada golongan veteran ni yang tak berapa nak suka dengan kehadiran Ibn Abbas yang pada waktu tu masih kecil lagi (bak kata orang, budak mentah), maka orang itu pun bertanya pada Saidina Umar, “Wahai Umar, mengapa kamu selalu bawa budak ini untuk duduk bersama-sama dengan kita sedangkan kita ada budak-budak lain seperti dia (merujuk kepada usianya)? Saidina Umar pun jawab, “Verily, he is among those whom you know”. Kenapa tiba-tiba bahasa Inggeris ni? Sebenarnya saya tak tahu nak translate macam mana tapi apa yang Saidina Umar cuba nak sampaikan kat sini ialah, Ibn Abbas ada satu keistimewaan yang membuatkan dia lain daripada yang lain walaupun dia masih kecil.

Pada suatu hari, Saidina Umar mengajak golongan veteran tersebut berserta dengan Ibn Abbas sekali untuk berkumpul sebaik sahaja selepas Surah An-Nasr ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian Saidina Umar pun bertanya, “Apa pendapat kamu mengenai Surah An-Nasr?” Maka, kebanyakan daripada golongan veteran tersebut mengatakan bahawa surah tersebut menunjukkan tanda-tanda kemenangan Islam dan ramai orang yang akan menjadikan Islam sebagai pegangan mereka. Lepas tu, Saidina Umar pun berpaling kepada Ibn Abbas. Kemudian dia bertanya, “Wahai Abdullah Bin Abbas, apa pandangan kamu pula?” Ibn Abbas pun menjawab, “Surah ini menandakan bahawa ajal Nabi Muhammad SAW sudah semakin dekat.”

Maksudnya kat sini, penurunan Surah An-Nasr ni menunjukkan bahawa tugas Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah sudah selesai memandangkan semakin ramai orang yang mahu menerima Islam. Secara logiknya, bila tugasan Nabi Muhammad SAW dah habis, maka baginda perlu kembali kepada Tuhannya.

Selepas turunnya surah An-Nasr juga, Nabi Muhammad SAW lebih kerap mendekatkan diri kepada Allah dengan bertasbih, bertahmid dan beristighfar.
Apa yang kita boleh ambil sebagai pengajaran kat sini ialah apabila kita mendapat sesuatu kejayaan, kita hendaklah banyakkan berzikir (mengingati) dan memohon keampunan Allah. Bila fikir-fikir balik, kenapa bila berjaya kita kene beristighfar pula? Bukan bila kita buat salah ke baru kita kene beristighfar? Sebabnya, manusia ni mudah lupa lebih-lebih lagi bila kita berada di puncak (berjaya). Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang ma’sum itu pun meminta keampunan daripada Allah inikan pula kita, manusia biasa yang tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Sekiranya kita hendak berzikir, kita boleh ikut turutan yang disebut dalam ayat kedua surah ini iaitu berTASBIH dahulu, lepas tu berTAHMID, kemudian barulah berISTIGHFAR.

Pengajaran yang lain pula, bila kita sudah berada di penghujung umur, kita haruslah sentiasa ingat kepada Allah SWT. Banyakkan muhasabah diri. Orang kata, setiap tahun umur kita bertambah, hakikatnya umur kita semakin berkurang sebab kita semakin mendekati takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT (ajal). Jadi, cuba Tanya pada diri sendiri, adakah kita dah bersedia untuk itu? Tepuk dada, tanyalah iman.

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Jabir bin Abdullah pernah birdiskusi mengenai Surah An-Nasr ini. Semasa tengah berbincang dengan sahabat-sahabat yang lain, tiba-tiba Jabir menangis. Sahabat-sahabat yang lain pun bertanya, “Wahai Jabir, mengapa kamu menangis?” Jabir pun menjawab, “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata,

إِنَّ النَّاسَ دَخَلُوا فِي دِينِ اللهِ أَفْوَاجًا، وَسَيَخْرُجُونَ مِنْهُ أَفْوَاجًا
Maksudnya : sesungguhnya (hari ini) manusia masuk ke dalam agama Islam beramai-ramai, dan (pada akhir zaman) manusia akan keluar daripadanya beramai-ramai.

Fenomena ini memang sedang berlaku di dunia ini. Hari ini kita tengok ramai orang di Eropah yang masuk Islam tetapi dalam masa yang sama ramai juga orang Islam di Malaysia yang keluar daripda Islam (murtad).

Tidak ada sebarang perasaan ketakutan kepada mereka kerana mereka tida merasa kehebatan dan kemanisan iman yang dikatakan diwarisi daripada baka itu tidak dibeli dengan harga yang mahal. Walaupun sebenarnya ia (iman) itu tak dapat dinilai, tetapi bagi mereka yang tak merasai kemanisan iman, mereka akan sanggup menukarnya dengan kepentingan dunia. Mudah-mudahan
Allah sentiasa memelihara dan melindungi kita. Kawan-kawan, mari kita jaga iman kita elok-elok yek! ^_<

P/S: Tafsir Surah An-Nasr ni disampaikan oleh Kak Aiman. Thanks Kak Aiman for the knowledge that you share with us ^_^

1 comment: