Wednesday, November 14, 2012

Hidup sebagai Hamba

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hidup seharian kalau tidak ingat pada Allah, rasanya jauhlah kita daripada keberkatan dan keredhaan Allah. Seringkali kita boleh lupa pada Sang Pencipta kita, Sang Pemberi segala kenikmatan hidup, Sang Penolong daripada segala kesusahan. Tapi itulah dia namanya manusia, Al-Insan, si pelupa. Faktanya saya ni seorang budak yang sering dilanda kelupaan. Selalu sangat lupa nak bawak student card (penting!!), lupa nak bawak purse, lupa nak buat itu ini, dan paling teruk sering jugak lupa untuk ingat pada Allah,  lupa nak bersyukur untuk segala nikmat  yang diberi-Nya.


Al-kisahnya hari ini, saya lupa nak bawa student card saya. Student card ni sangat penting untuk dibawa kemana-mana, sebab ianya berfungsi sebagai tiket untuk kegunaan public transport di sini. Jadinya, bertawakallah saya sepanjang perjalanan pulang dan balik saya dari kelas hari ni, dengan harapan tak ada lah pak cik- pak cik tukang pemeriksa tiket yang mungkin akan menyelinap masuk ke dalam bas-bas yang saya naikki. Nak dijadikan cerita, ada la pula pak cik tiket ni dalam bas tadi.Terus menggelatar lutut. Dalam hati saya, "Huwaaa..takutnya.Ya Allah, dah la berdiri depan pintu ni. Ya Allah, murahkan rezekiku, janganlah kena saman....." Dan Alhamdulillah, berlalulah pak cik tiket tadi depan saya tanpa dia minta pun saya tunjukkan student card pada dia.Memang sangat tak logik sebenarnya macam mana pak cik tu boleh terlepas pandang dekat saya time tu sebab selama ini memang  tak akan terlepas punya lah. Tapi.... Alhamdulillah3, selamat la saya daripada kena bayar denda 110 zloty (= RM100) . 


Dengan hati yang sangat lega dan gembira, saya bukalah Quran sekejap. Cuba menenangkan hati yang masih berdup dap dup dap. Dan pap, terbaca ayat ni dalam Quran .....



Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah 
dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana)
 bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana,
 (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan
 yang sukar diatasi).
(23:10)


Allah T__T

Dah, dah cukup dah Ya Allah.. Dah terlalu banyak tanda-tanda yang Engkau tunjukkan untuk membuktikan kau ada setiap masa, setiap saat untuk mendengar rintihan hamba-hambaMu. Hanya aku yang sering kali lupa disibukkan dengan urusan dunia.

No comments:

Post a Comment