Monday, November 12, 2012

Hidup Sebagai Anak

Bismillahirrahmanirrahim...
(Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang).


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu  
 jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik
 kpd ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau 
kedua2nya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, 
maka sekali2 janganlah engkau mengatakan kepada
 keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau
 membentak keduanya, dan ucapkanlah
 kepada keduanya, perkataan yang baik."
                                                                                                (17:23)

Menitis air mata, teresak-esak di tengah-tengah liqa', dihadapan akhwat usrahmates bila mana hati terasa sebak ketika mentadabbur kalam dari Allah ini. Alhamdulillah, kerana Allah masih melembutkan hati ini apabila disentuh dengan ayat-ayat cintaNya. 

Bermuhasabah diri selama 21 tahun hidup sebagai anak, sudah banyak mana  perkataan, tingkah laku yang mengguris hati ibu ayah. Mungkin banyak. Terlalu banyak rasanya.


Allah T_T

Kadang-kadang saya terfikir, Allah jauhkan saya daripada mak ayah saya dengan mentakdirkan saya dengan kehidupan asrama selama 5 tahun, bersambung dengan kehidupan belajar jauh ke luar negara adalah untuk menghindarkan saya daripada berpeluang menyakitkan hati dan perasaan mereka. Ya, mungkin saja, kerana tiap ketentuan Allah itu terselit bermacam hikmah yang tersembunyi. 


Alhamdulillah :)

Wahai insan yang bergelar anak,
hiduplah dengan iman, 
iman yang menyuruhmu berbuat baik kpd ibumu,
ibu yang melahirkan kamu.

Wahai insan yang bergelar anak,
hiduplah dengan iman,
iman yang menyuruhmu mengasihi ibumu.
ibu yang memberimu makan.

Wahai insan yang bergelar anak,
hiduplah dengan iman,
iman yang menyuruhmu menyayangi ibumu,
ibu yang memahami sikapmu.

Wahai insan yang bergelar anak,
hiduplah dengan iman,
iman yang menyuruhmu menghormati ayahmu,
ayah yang berkorban hidup untuk mu.

Wahai insan yang bergelar anak,
hiduplah dengan iman,
iman yang menyuruhmu merendahkan dirimu untuk kedua-duanya.
Kedua-duanya bersusah payah membesarkanmu. 

" Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana
 mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil."


Allah, masukkan kedua-duanya ke dalam syurga-MU.



No comments:

Post a Comment